ii. Isu Karpal dipolitikan? Oleh Ahmad Awang ii. Antara Karpal dan Ghani Patail-kenapa Abdullah tidak bertindak serupa? Oleh alhusseyn
Tanpa merujuk kepada Karpal Singh. Tajuk di atas, hanya membuat telahan sendiri dan tidaklah diketahui tujuan , motif dan objektif serta misi sebenar beliau membuat ulasan berkaitan isu lantikan Pengarah JAIP.
Hanya andaian sahaja , mungkinkah ini adalah umpan yang telah disepakati oleh kalangan perang saraf utama Pakatan Rakyat , bagi mematikan UMNO dan seluruh isinya , dengan lontaran ‘UMPAN’ ini , iaitu ulasan mengikut undang – undang SAHAJA dan bukannya mempertikai kuasa DYMM Sultan Perak seperti mana dilaporkan oleh semua media , UMNO menjadi lebih sakit dan mnederita dalam keadaan yang telah nazak ini.
i. Nampaknya UMNO telah TERPERANGKAP , TERJERAT dan MEMAKAN UMPAN yang diletakkan, barangkali sahaja. ii. UMNO dah telan umpan sebelum masuk jerat dan perangkap yang dipasangnya sendiri
Tahniah kepada semua pihak yang telibat dalam perang saraf ini , sekiranya benar begitu, Cuma saya agak – agak dan percaya ianya benar – benar begitu.
Bagaimana nak selesaikan kes – kes berikut ini , yang terjadi baru sebulan yang lepas ?
i. MB Terengganu dan Sultan , kenyataan – kenyataan oleh
a. Presiden UMNO b. Timbalan Presiden umno c. Naib – naib Presiden UMNO d. Ahli – alhi Majlis Tertinggi UMNO e. Peguam Negara
ii. MB Perlis dan Raja
iii. Presiden MCA, Ong Kah Ting
iv. Ketua Pemuda MCA, Ong Tee Kiat
TUNTUTAN
i. Rakyat menuntut supaya Presiden UMNO menyiasat , membuat laporan polis dan aduan rasmi semua salah laku di atas
NOTA
i. Sekiranya gagal , bermaksud , tidak ada tindakan diambil ke atas semua mereka yang terlibat dalam kes – kes di atas , ini akan menjejaskan lagi reputasi UMNO yang telah sedia buruk dan hodoh , menjadi bertambah jelik dan hina , khusunya kepada generasi orang – orang muda dan pengundi – pengundi baru.
Seperti kata YB Ahmad Awang bakal , insyaAllah PRU-13 nanti , dalam blognya , bila kes – kes di atas akan diambil tindakan dan diselesaikan ?
Inilah beban yang terpaksa digalas oleh UMNO dan seluruh isinya , sudahlah luka kecederaan PRU-12 lalu belum pun lagi pulih , kena pikul beban yang maha berat pulak ini . ini lah namanya cari penyakit. Aduh sakitnya. Tolong doctor ! Tolong Misi !
Berfikir di luar kotak , UMNO dan seluruh isinya telah gagal. Walaupun acapkali dilontarkan idea ini , tetapi rasanya belum pernah Presiden UMNO diperangkap dan dijerat sebegini rupa , maka terperangkap dan terjerat lah ia dengan UMPAN Karpal Singh ini , barangkalilah. Kesian kat UMNO. Rupanya UMNO tidaklah cerdik mana.
- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
13.05.2008
Tuesday, May 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment