Friday, April 25, 2008

KALAU KALAH, DAP YANG SALAH

Temerloh,Pahang

Sebelum PRU12 iaitu selepas PRU11 PKR Bahagian Temerloh lesu kerana bahagian ini tidak ada pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas meperjuangkan agenda parti, yang ada cuma jeneral-jeneral yang tidak punya tentera. Akhirnya terpaksa pusat PKR menghantar Puan Rodziah Ismail( kini Adun Batu 3 Selangor/EXCO negeri Selangor) untuk memulihkan dan mengerakkan Bahagian Temerloh. Dengan sumbangan beliau, telah sedikit sebanyak menghidupkan kembali aktiviti2 yang lesu utk sekelian lama.walaupun berniat baik,ada di kalangan daripada AJK Bhg yang merasakan kehadiran beliau menggugat kedudukkan mereka di bhg ini.Mereka ini adalah pimpinan2 yang gah pada nama,hebat di pentas2 ceramah tetapi tidak pernah turun padang dan GAGAL melaksanakan tanggungjawap sebagai kepimpinan bahagian .

Kini mereka inilah yang bersungguh-sungguh menonjolkan diri agar di lihat sebagai pejuang2 yang kononnya yang telah memimpin bahagian Temerloh dengan ikhlas dan sekali gus KUNUNnya telah bertungkus lumus memperjuangkan ajenda parti khususnya di bahagian Temerloh.

Setelah PRU 12 berlalu,tikus-tikus politik ini begitu giat menjalankan aktiviti-aktiviti parti, program-program penambahan keahlian tetapi pada masa yang sama tersirat niat yang buruk. Mereka terang-terang memburukkan beberapa AJK Bahagian yang tidak sehaluan dengan agenda peribadi mereka. Amat malang apabila mereka yang akan di singkirkan ini adalah terdiri dari mereka yang selama ini begitu ikhlas berjuang untuk parti. Muka-muka baru yang ingin di tonjolkan adalah oppurtunis-oppurtunis politik yang selama ini jarang-jarang atau pun tak berani ke depan untuk berjuang bersama-sama.,Inilah yang kami maksudkan sebagai poli..TIKUS2 yang akhirnya akan merosakkan parti.Segala niat Pn.Rodziah akan jadi sia2 dan akhirnya beliau menyuarakan hasrat untuk melepaskan jawatan Ketua Bahagian Temerloh.Maka tikus2 politik ini melonjak2 kegembiraan kerana hajat untuk memimpin bahagian Temerloh semakin cerah.

Selaku ahli,kami simpati dengan nasib AJK2 yang benar-benar bekerja untuk parti tetapi tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada kejayaan PKR dalam PRU 12 yang baru berlalu.Oleh kerana tidak sabar-sabar untuk mengambilalih kepimpinan maka tikus-tikus ini berhasrat untuk membuat EGM dalam masa terdekat.

Hanya masa akan menjawap segala niat yang tersirat dalam agenda gerakkerja mereka kini......namun begitu, saya ucapkan selamat memimpin dan jadilah pemimpin yang betul-betul ikhlas dan buangkan sikap menyalahkan orang lain bila kita kalah kerana hakikatnya kita sendiri yang tak buat kerja.

Selamat Berjuang. Jumpa di EGM nanti.


Budak Temerloh

Thursday, April 24, 2008

Anwar Vs Dr Jeffrey

Al-Fatihah

Saudara Rustam Sani, anak kepada tokoh kemerdekaan negera, Ahmad Boestamam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi. Rustam yang juga merupakan seorang intelektual, aktif didalam bidang penulisan.

Allahyarham dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944. Beliau merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestman. Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Beberapa tahun ke belakang beliau kurang aktif dalam parti kerana kesihatan dan menumpukan kepada penulis buku serta mengisi ruangan beberapa blognya. Pemikiran dan tulisan beliau boleh diikuti dalam blog, rustam.blogspot.com.


Marilah kita bersama-sama menyedekahkah Al-Fatihah buat saudara Rustam. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.Dari Allah ktia datang kepadaNYA jua kita di kembalikan Al Fatihah semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman

Wednesday, April 16, 2008

Apa khabar PKR kelantan?

"Pilihanraya telah berlalu,keputusan telah di ketahui-suara rakyat mendominasi landskap politik dan Parti Keadilan Rakyat kembali bernafas di Kelantan .Ironisnya Parti Keadilan masih malu-malu menunjukkan mukanya di bumi bertuah kelantan darulnaim.
Entah dimana silapnya,apa masalahnya parti keadilan masih membisu dan sepi dari meyusur tsunami politik kelantan.Apakah kerana terlalu berterima kasih pada PAS maka pimpinan negeri mahupun bahagian di kelantan tidak teruja dengan ruang dan peluang yang terhidang atau pimpinan negeri mahupun bahagian masih terkejut dengan kemenangan rakyat hingga tiada program susulan yang di susun.Barangkali juga pimpinan Keadilan di kelantan terus selasa dengan menerima jemputan dari program PAS tanpa perlu bersusah payah mengatur program sendiri.

Khabar terbaru yang tersebar secara bisik-bisik bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri-Nik Mahmood telah mengundurkan diri dari mengepalai Parti peringkat negeri.Dan pengunduran ini khabarnya bersama adinda tersayangnya yang sering mengatur percaturan politik KeAdilan negeri.

Perkhabaran ini juga disusuli dengan berita bahawa YB machang telah mengambil alih tugas pengerusi perhubungan negeri.Sejauh mana kebenaran khabar ini wallahualam kerana pimpinan negeri sibuk dengan program yang di atur oleh jentera PAS hingga lupa pada ahli peringkat bawah yang terpingga-pingga dengan hala tuju keADILan negeri kelantan.
Barangkali telahan UMNO kelantan memang tepat.keADILan kelantan hidup atas ihsan PAS.
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8971&mode=thread&order=0&thold=0

Melayu (Umno) Juga Suka Babi!

Awas ! Ada Musang Berbulu Ayam

IB: “Now or Never” Bagi Anwar Ibrahim

IB tidak merujukkan tajuk ini kepada lagu Elvis Presley “It’s now or never”. Tetapi merujuk kepada satu laporan (akhir tahun lepas sebelum IB pulang ke Tanah Air) seorang journalis muda American Broadcasting Corporation (ABC), Jonathan Greenberger, yang mengulas betapa Senator Barrack Obama mesti melayakkan dirinya untuk menjadi calon Presiden parti Demokrat pada tahun ini. Jika tidak Obama boleh lupakan sahaja impian untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat itu.

Walaupun Greenberger memberi beberapa faktor keluarga dan sebab-sebab yang khusus untuk Obama, namun, bagi senario Tanah Air, Anwar Ibrahim juga MESTI melakukan sesuatu untuk menjadi Perdana Menteri atau mengetuai parti (atau Pakatan Rakyat) yang memerintah kerajaan Malaysia dalam masa terdekat jika tidak - lupakan sahaja cita-cita tersebut. It is now or never.
Kenapa IB meletakkan tempoh yang terdekat untuk Anwar berkuasa? Jika Anwar gagal menumbangkan BN dalam masa yang terdekat, peluang selepas ini mungkin mustahil untuk Anwar. Namun, jika Anwar dapat melakukan sesuatu untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan dalam masa terdekat, maka UMNO akan bakal berkubur - mungkin selama-lamanya.

Kita maklum bahawa kekuatan UMNO dan seluruh jenteranya adalah berasaskan wang. Dan begitulah juga komponen parti BN yang lain. Tanpa wang mereka akan lemah dan tidak mampu bergerak lagi.Kita juga maklum bahawa sumber kewangan yang menjadi asas untuk segala jentera parti mereka adalah dari penyelewengan dana dan jentera kerajaan. Pelbagai peruntukan untuk rakyat dan pembangunan negara banyak diserapkan ke dalam jentera parti dan poket para pemimpin mereka. Pelbagai program dilaksanakan untuk memberi nama kepada “projek Barisan Nasional”. Jentera pentadbiran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan parti dan para pemimpin mereka.

Satu lagi sumber yang diperolehi mereka ialah dari syarikat-syarikat swasta yang menumpang selagi mereka berkuasa. Kita sudah lihat banyak tokoh-tokoh korporat bertukar kem bila kepimpinan parti bertukar. Mana-mana tokoh yang tersilap “kuda”, mereka akan tersungkur bila “kuda” lain yang berkuasa.

Cuba bayangkan senario di mana UMNO dan BN tidak berkuasa. Dari manakah sumber yang boleh diperolehi untuk menggerakkan jentera mereka? Apakah mungkin penyokong dan ahli di bawah bersedia untuk berkhidmat tanpa mendapat “pelincir”? Anwar mesti bertindak segera untuk memutuskan “saluran nyawa UMNO” (akses kepada dana kerajaan tanpa batas) supaya tiada lagi daya untuk UMNO bergerak. Ahli-ahli serta pemimpin mereka hanya setia kepada “wang”.

Oleh itu, jika BN dan UMNO tumbang, mereka akan terus berkubur. Tetapi apa kenanya dengan perlunya Anwar berkuasa sekarang. Kenapa Now or Never? Kita maklum kesemua parti utama BN sedang bergolak. Tunjang BN ialah UMNO. UMNO adalah antara yang paling teruk bergolak [walaupun prestasi UMNO dalam PRU2008 adalah lebih baik dari PRU1999] . Isu utama pergolakkan dalam UMNO sekarang tertumpu kepada penerimaan ahli terhadap kepimpinan Pak Lah. [walaupun ada banyak lagi isu lain]

Jika dalam masa terdekat masalah ini dapat diselesaikan, sebahagian besar masalah pergolakkan dalam UMNO akan dapat diselesaikan. Orang-orang UMNO mudah lupa. Dengan kepimpinan baru di bawah Najib [jika Ku Li tidak sempat merampas kuasa] nanti, sebahagian besar rakyat UMNO akan kembali padu di belakang pepimpin baru mereka (Najib, Ku Li atau sesiapapun). Maka kemelut yang berlaku dalam UMNO boleh reda dengan cepat apabila percaturan kepimpinan UMNO selesai dan disepakati dan ahli di”pelincir”kan.

Apabila kestabilan parti diperolehi, jentera diperkemaskan, dana kewangan yang tiada had boleh dibelanjakan, rakyat mula diulikkan kembali dan segala pentadbiran boleh berjalan baik (tidak seperti sekarang), IB yakin jika PRU berikut diadakan, BN mampu menawan kembali sebahagian besar kekalahan yang telah dialami dalam PRU2008 (walapun tidak sebaik PRU2004).

Kita masih ingat kemarahan rakyat kepada Mahathir. Apabila Pak Lah mengambil alih, rakyat rasa puashati bila Mahathir akhirnya berundur.
Rakyat diulik dengan pelbagai kempen manis dan agenda “baru” Pak Lah. Dan kita sedia maklum, rakyat memberi mandat besar kepada BN dalam PRU2004.Jika ini berlaku sekali lagi sebelum sempat Anwar menukar senario politik negara, Anwar boleh lupakan hasratnya menjadi Perdana Menteri untuk selama-lamanya.
Anwar, It is now or never!
Sekian, IB
[maaf kerana posting ini agak luar biasa sedikit panjangnya dari yang biasa IB juga kekalkan]
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/04/16/now-or-never-bagi-anwar-ibrahim/

Sunday, April 13, 2008

Berfikirlah diluar kotak...wahai PR

Tanggal 8 Mac telah menyaksikan kemenagan yang sangat manis bagi Pakatan Rakyat (PR). Tanggal itu menyaksikan tumbangnya gergasi politik yang sangat gah sehinggakan ada di antaranya begitu angkuh dengan mengatakan bahawa UMNO akan perintah Malaysia sampai kiamat. Kalau nak sombong pun biarlah berpatutan. Sombong ini hanyalah layak untuk Allah.

Allah layak untuk memuji dirinya kerana Allah memang berkuasa, Allah memang selalu menang, Allah memang selalu kuat dan lain-lain sifat Allah yang terpuji. Tanggal itu juga menyaksikan beberapa yang mengaku diri mereka hebat tumbang seorang demi seorang ditangan PR yang ternyata lebih hebat.

Hebat bukan kerana kaya, hebat bukan kerana berharta, hebat bukan kerana nama tetaoi hebat dari segi budibahsa, hebat dari segi nilai moral yang tinggi yang komited untuk menjayakan satu wawasan ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih adil, lebih aman dan lebih berintegriti serta bebas dari rasuah yang jijik, menghasilkan satu negara untuk rakyat dan berteraskan keadilan sejagat.

Apa kena mengena berfikir di luar kotak? Tunggu dan sabar....

Selepas PR menang banyak negeri maka dilantiklah exco-exco dari puak masing-masing. PAS lantik PAS, DAP lantik DAP dan PKR lantik PKR. Ini pemikiran dalam kotak. Sama saja dari segi perlantikan axco dengan puak-puak UMNO , BN. Tak bolehkah puak PR lantik exco dari ahli BN yang menang? Mungkin mereka tak terima sebab terikat dengan komitmen kepada parti dan sebagainya, tetapi itu akan memberikan impak yang besar kepada rakyat. Orang akan nampak betapa baiknya PR dan betapa tulusnya hati pemimpin-pemimpin PR. UMNO akan terlopong seandainya DAP melantik ahli MCA jadi exco., Ini tidak, masing-masing berebut kerusi exco untuk perut dan kroni sendiri... Nampaknya PR dengan BN pun dua kali lima...

PR mesti menampakkan kematangan. Kematangan nampak bukan dari kata-kata, bukan dari janji-janji dalam manifesto tapi dari perbuatan yang lain daripada parti lawan yang menampakkan ketulusan dan kemampuan PR yang berbeza daripada BN dan UMNO terutamanya. KIta pun akan dapat menjangka yang mereka akan menolak pelawaan atau lantikan tersebut tetapi rakyat akan menilai kemurnian hasrat PR untuk menjadi kawan kepada semua tanpa bermusuh dengan sesiapa seperti yang diamalkan oleh UMNO.

PR mungkin boleh berfikir diluar kotak dalam melantik ketua kampung dan JKKK. Lepas ni lantik semula sebahagian JKKK dan ketua kampung dari BN yang mempunyai nilai moral yang tinggi. Takkan dalam ramai-ramai puak BN tiada yang bernilai tinggi? Takan tiada yang berintegriti, yang amanah dan yang ikhlas bekerja untuk rakyat. Mungkin puak-puak BN yang dilantik ini berasa kagum dan tertarik dengan PR dan mereka masuk PR. Kalau mereka masuk PR maka sudah tentulah ramai yang akan mengikut jejak ketua kampung dan JKKK masing-masing. Itulah yang diamalkan Rasulullah yang berfikir di luar kotak..
Semuga menjadi panduan kepada PR..

Selamat memerintah dengan jujur , ikhlas dan penuh komitmen

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8839&mode=thread&order=0&thold=0

B.L.A.C.K 14*, sejarah yang tidak patut dilupakan!

[Rencana sejarah di bawah ini digarapkan oleh Penulis hasil penyelidikan perpustakaan dan temubual oleh salah seorang aktivis *B.L.A.C.K 14* (yang masih aktif sehingga kini) yang enggan namanya ditintakan dalam artikel ini. Bagi Penulis, persembahan rencana sejarah ini masih mentah dan memerlukan pembetulan dan penggarapan semula oleh aktivis-aktivis *B.L.A.C.K 14* sendiri. Justeru, Penulis dengan rasa rendah diri memohon jasa baik pihak berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab sejarah ini. Akan Penulis terima dan paparkan semula dalam blog ‘kecil’ ini segala pembetulan tersebut dari semasa ke semasa jika ada yang sudi membantu kerja-kerja merekod sejarah oleh Penulis. Penulis boleh dihubungi melalui zainulfaqar_yaacob@yahoo.com. Sekian. SELAMAT MERAIKAN *B.L.A.C.K 14* 2008!...]

BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.

BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan. Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!

Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.

Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen.
Mereka tidak boleh menerima keputusan tersebut. Bagi mereka, keputusan tersebut bukan lagi hanya melibatkan kepentingan hak asasi diri DSAI; tetapi keputusan tersebut adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman dan kebobrokan (Tun) Dr. Mahathir Mohammad dan rejim UMNO/BN ke atas sistem keadilan dan demokrasi negara Malaysia.

Sebelum itu, bukan tidak ada kezaliman dilakukan oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional. Namun, kezaliman itu ketara dalam salah satu dari 3 Badan ‘kuasa’ sebagaimana dalam Doktrin Pengasingan Kuasa / Demokrasi di Malaysia – (1)Badan Pentadbiran / Eksekutif; (2)Badan Perundangan / Legislatif; dan (3)Badan Kehakiman / judiciary.

Berbeza dalam isu DSAI. Rakyat melihat isu kezaliman DSAI ini seolah-olah wujud suatu konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ tersebut secara sepadu dan zalim. Mahkamah telah pun hilang kredibiliti bebas dan adilnya. Sebagai contoh, jatuhan hukuman pada 14 April 1999 sebagaimana di atas.
Dalam isu DSAI juga, Badan Pentadbiran / Eksukutif tidak lagi berfungsi secara bebas dan demokratik.

Kementerian, badan berkanun kerajaan, Universiti, BPR, Polis, media massa (milik Kerajaan), SUHAKAM dan pelbagai badan berkanun / sektor kerajaan yang lain tidak mampu menjadi agen semak dan imbang (check and balance) kepada Rejim (Tun) Dr. Mahathir Muhammad serta rejim UMNO/BN kerana telahpun terjebak dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme.

Jika ada individu atau pihak tertentu tampil menentang kezaliman (Tun) Dr. Mahathir Mohammad atau gejala rasuah-kronisme-nepotisme, maka mereka ini tentu akan mendapat nasib yang tidak jauh berbeza dengan diri DSAI.Sebagai contoh, Universiti Malaya bersikap diam diri dan tidak mahu menyambung kontrak akademia Prof. Chandra Muzaffar (pada bulan Februari 1999) disebabkan ahli akademia tersebut secara terbuka menyokong agenda R.E.F.O.R.M.A.S.I.

Prof. Chandra Muzaffar diakui berkeupayaan dalam arena akademia dan kebolehannya telah mengangkat nama Malaysia di persada nasional/antarabangsa sebelum itu; khususnya dalam pengajian ASIA dan Asia Tengah.Beliau akhirnya menjadi mangsa kezaliman Universiti/(Tun) Dr. Mahathir Mohammad kerana menentang kezaliman ke atas DSAI sebenarnya pada waktu tersebut.

Contoh lain, adalah fitnah liwat DSAI dengan Shamsidar Taharin melalui pengakuan kontroversi dan surat terbuka Ummi Hafilda Ali kepada Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad melalui media arus perdana.Semua media arus perdana yang (telah) dikuasai oleh Media Prima telah secara buas memanipulasi fitnah tersebut dan hilang kredibilitinya. Pendek kata, badan pentadbiran atau Legislatif telah pun dikuasai oleh kelompok zalim.

Dalam isu DSAI juga, Badan Perundangan atau Legistatif tidak mempunyai autonomi kuasa sebagaimana yang sepatutnya berlaku dalam negara-negara demokratik dan sivil.
Sebagai contoh, penahanan DSAI di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mampu dihalang melalui perintah kuasa Parlimen Malaysia.

Kondisi ini berlaku kerana ISA dikendalikan secara mutlak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan realiti ini melambangkan penyalahgunaan supreme power telah wujud dalam dua (2) Badan secara imuniti dan sepadu – Legislatif dan Eksekutif.Tuntasnya, kezaliman ke atas DSAI tersebut melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ dan jatuhan hukuman oleh Mahkamah ke atas diri DSAI pada tanggal 14 April adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman di Malaysia.

Sejak hari malang tersebut, Rakyat mengambil keputusan menjadikan 14 April saban tahun sebagai perayaan rakyat. Tujuannya bukan sekadar mengingati peristiwa malang yang telah menimpai DSAI semata-mata. Malah, perayaan rakyat tersebut dilaksanakan dengan penuh semangat dan berani demi menuntut keadilan hak dan sistem demokrasi kembali subur di bumi Malaysia sehingga hari ini. Perayaan tersebut disebut oleh mereka sebagai *B.L.A.C.K. 14*

Tragisnya Perayaan BLACK 14 Sebelum ini!

Saban tahun, aktivis-aktivis rakyat yang sedar, mengalami dan mengambil BLACK 14 tersebut senantiasa cuba meraikan perayaan tersebut.Mereka ini bukan meraikan hari tersebut dengan gelak ketawa atau dihamparkan permaidani merah oleh Sang Penguasa – (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mereka ini diburu pada setiap inci perjalanan dan pergerakan mereka. Kediaman/premis peribadi mereka senantiasa diintai oleh Special Branch (SB).Majikan mereka senantiasa diugut agar melucutkan jawatan aktivis-aktivis ini. Ibu bapa mereka lebih-lebih lagi lagi diuji dan terus diuji sejak menjelangnya perayaan BLACK 14 tahun 2000 di ibu negara.Kezaliman yang didepani oleh para aktivis dalam meraikan BLACK 14 lebih ketara pada tahun 2001.

Beberapa hari sebelum perayaan BLACK 14 diraikan (bermula 9 April 2001 sekitar jam 5 petang), pihak Polis telah menangkap 10 orang aktivis REFORMASI dan maangsa-mangsa ini ditahan di bawah ISA , tahanan tanpa bicara.

Nama-nama aktivis tersebut adalah (1)Sdr. Tian Chua; (2)Sdr. Mohammad Ezam Mohd Nor; (3)Hj. Saari Sungib; (4)Sdr. N. Gobalakrishnan; (5)Sdr. Hishamuddin Rais; (6)Raja Petra Kamaruddin; (7)Sdr. Abdul Ghani Harun; (8)Dr. Badrul Amin Baharom; (9)Sdr. Lokman Adam; dan (10)Sdr. Badaruddin Ismail.Mereka ini dituduh di bawah seksyen 71(3); kononnya sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.

Sebenarnya tahanan tersebut demi menimbulkan culture of fear di kalangan masyarakat agar mendorong mereka tidak keluar dan berkumpul di hadapan bangunan SUHAKAM pada keraian Black 14 tahun 2001 tersebut.Namun, BLACK 14 tetap diraikan dengan penuh berani dan aksi demi mengajak rakyat menentang kezaliman rejim (Tun) Dr. Mahathir Mohammed dan UMNO/BN berlangsung; serta menuntut agar Malaysia kembali dalam lunas demokrasi dan keadilan hak.

Aktivis rakyat telah membuat kenyataan media. Dan ada beberapa aktivis tersebut telah ditangkap dan dikasari oleh pihak Polis disebabkan partisipasi mereka dalam BLACK 14 hari tersebut.Tahun 2002 turut menyaksikan perayaan BLACK 14 pada hari tradisinya. Tema perayaan tahun tersebut adalah ‘BERSAMA MEMBEBASKAN 10 TAHANAN ISA’. Perayaan bersejarah tersebut telah dibuat di Taman Melewar (Gombak, Selangor).

Aksi perayaan tahun tersebut lebih berani dan agresif apabila terdapat belasan aktivis rakyat mengambil keputusan mogok lapar. Aksi tersebut telah mendapat liputan media dan badan-badan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa.Implikasinya, Diktator (Tun) Dr. Mahathir Muhammad teruk dicemuh oleh media, universiti, badan-badan hak asasi manusia dalam siri diplomatiknya di peringkat nasional/antarabangsa. Imej Malaysia merudum.

Akhirnya, beliau terpaksa membebaskan kesemua (10 orang) tahanan ISA tersebut.
Inisiatif tersebut bukan atas prikemanusiaan dan peduli sensitiviti rakyat, tetapi lebih pada melindungi kepentingan peribadi (kezaliman) semata-mata.


Tahun 2003, berlaku konflik berpandangan di kalangan aktivis-aktivis BLACK 14. Kelompok pertama masih mahu pada perayaan secara tradisi – anti-establishment, pilihan jalanraya, lantang menentang rejim UMNO dan BN dan sebagainya. Aksi BLACK 14 tersebut telah dipimpin sendiri oleh Sdr. CheguBard .Memang mereka tetap melancarkan perayaan tersebut di Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur. Dalam aksi BLACK 14 tahun tersebut juga, mereka tetap berdepan dengan kegilaan Polis dan Special Branch (SB) sebagaimana yang didepani mereka sebelum ini.

Kelompok kedua, mahu perayaan tahun tersebut lebih toleransi dan sederhana. Mereka hanya menjalankan perayaan BLACK 14 secara dalaman (internal) dan mengambil sikap tidak lantang menentang rejim UMNO/BN pada ketika itu.
Pertimbangan kelompok kedua pada ketika itu, dengan pendekatan toleransi-sederhana tersebut, mungkin boleh memujuk hati rejim UMNO/BN untuk membebaskan DSAI dari ISA dalam masa terdekat. Tahun 2004, BLACK 14 dilancarkan pada hari tradisinya selepas Malaysia menyaksikan Pilihanraya Umum Malaysia Ke-11 (PRU11) yang paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Berbekalkan tema ‘DEMOKRASI YANG TELAH MATI’, komuniti aktivis BLACK 14 telah menggebling kesedaran rakyat. Aksi aktivis pada waktu tersebut turut menyaksikan kekasaran dan tangkapan oleh pihak Polis.

http://kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=427

Thursday, April 10, 2008

BERHATI-HATI-JAGA MULUT

Amaran kepada pemimpin PAKATAN RAKYAT berhati-hati buat kenyataan.
Contoh,ramai Melayu-Islam marah Karpal Singh.Apa punca? Telah lama KS tak buat kenyataan yang 'panas'.Siapa jolok? Kalau bukan pemimpin PAS.Belajar jadi matang.Pas dah dapat satu lagi MB.Dimana? Di Perak.Sebab apa? Bijaksana Raja dan Pemangku Raja,campur telorensi YB-YB Pakatan Rakyat.Pelajaran : Adakah exco dari kalangan orang Keadilan di Terengganu pada 99.
Ada masalah rujuk pemimpin atasan.Jangan pakai cakap saja.Tanya bijak pandai dulu.Surat dan nasihat Mursyidul Am hendaklah dibaca biar bagi faham."
Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan, maka ia seeloknya didiamkan saja buat sementara waktu
."

Jaga perpaduan jangan pecah tengah jalan.
AMARAN INI UNTUK SEMUA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT.

Wednesday, April 9, 2008

surat TG Nik Aziz kepada TG Hj Hadi

BERIKUT merupakan surat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang:

YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
YB Datuk Seri,

Alhamdulillah. Allah SWT yang memiliki seluruh alam semesta serta sekalian kerajaan langit dan bumi telah memakbulkan doa dan munajat kita.

Setiap butir air mata umat yang telah gugur selama ini telah semakin terjawab sebahagiannya.

Berkat kepimpinan Yang Berhormat Datuk Seri, yakinlah kita bahawa tentu ada sesuatu yang tepat antara apa yang kita ikhtiarkan dan hajati selama ini dengan apa yang tersimpan “di atas sana” buat kita.

Bagaikan bersamaannya paksi Ka’abah dan Baitul Makmur, maka bersahut jualah akhirnya persamaan itu dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008 lalu.

Antara hajat di bumi dan takdir di langit yang tersusun rapi dalam satu persetujuan itulah kita kini sedang sama-sama tunduk, menangisi sebuah kesyukuran justeru terlalu khudhu’ menerima ujian kemenangan.

Tahniah yang sejujurnya buat Datuk Seri dari saya.

Dalam meneruskan fasa perjuangan berupa pengisian di negeri-negeri 5+1, saya masih terasa akan perlunya kita untuk lebih berhati-hati.

Terkini, setelah membaca dan mengikuti rentak respons rakan-rakan pimpinan kita di dalam PAS dan BA pada umumnya, yang mengatur langkah apa yang dinamakan sebagai ‘era pembaharuan 100 hari’, mungkin ada baiknya kita menyegerakan langkah mewujudkan badan penyelaras peringkat pusat.

Ia wajar berfungsi sebagai badan penentu keutamaan program bertindak mengisi pelaksanaan manifesto “negara berkebajikan” mengikut marhalah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Apa yang mustahak diawalkan harus didahulukan dan apa yang mungkin kurang prioriti bolehlah dikemudiankan.

Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan, maka ia seeloknya didiamkan saja buat sementara waktu.

Dalam keghairahan menerima kemenangan, kita perlu cermat di sini. Sesungguhnya, ini saya kira terlalu penting kerana kehadiran kita terkini cukup diikuti oleh seluruh lapisan rakyat dan seteru kita.

Buat diri saya sendiri, InsyaAllah; saya akan lebih berhati-hati untuk mendukung roh kesedaran ini.

Semoga keadaan kita yang sering saling pesan memesan ini akan sentiasa dipimpin oleh petunjuk dan keredhaan dariNYA jua.

Wallahua’lam.

Nik Abdul Aziz Nak Mat
Mursyidul Am PAS.

kelantankini

Tiba-tiba Umi Hafilda Muncul semula

Di program 'Fikir-fikirkan Bersama Tun Dr Mahathir',pada 6 April disebuah hotel di Ampang, Selangor, Umi Hafilda Ali, seorang pengikut setia Dr Mahathir, mencadangkan perhimpunan 100,000 ahli Umno dianjurkan di pusat pentadbiran itu bagi mendesak reformasi dalam parti itu susulan kemerosotan pengaruhnya dalam pilihanraya umum 8 Mac (Petikan dari Malaysiakini.com)
Umi hafilda Ali?Umi,Umi adik Azmin Ali yang glamer itukah?
Alahai Tun Dr. Mahathir, dalam ramai-ramai barua konspirasi/kaki putarbelit di Malaysia ini, Umi Hafilda Ali juga yang dipilih beliau untuk bersama dalam menentang Paklah.

Di zaman reformasi terutamanya semasa perbicaraan DSAI, nama Umi Hafilda Ali ini meletup, glamer tiba-tiba. Ini kerana beliau lah yang menjadi saksi, kononnya DSAI 'berminat' dengan bodi dia dan abangnya dan pelbagai fitnah dilemparkan.

Umi Hafilda yang juga adik YB Azmin Ali ini antara penyumbang kepada buku 50 Dalil Anwar..

Antara konspirator kejatuhan DSAI, tinggal Umi Hafilda yang seolah-olah belum menerima 'balasannya'.

Saya tidak mahu bercerita panjang sejarah Umi Hafilda, tetapi wujudnya hamba Allah ini dicelah-celah karamnya UMNO di samping Tun Mahathir bagi saya, AMATLAH LUCUNYA!

Sebab utamanya ialah, SIAPA SANGATLAH UMI HAFILDA ALI ini di dalam politik Malaysia??

Tidak penting langsung, malah beliau bukan ahli politik, jauh sekali menjadi isteri no.2 atau no.3 mana-mana pemimpin UMNO terkenal.Umi Hafilda juga tidak memegang apa-apa jawatan dalam UMNO, malah telah digantung (mungkin dipecat) kerana pernah menuduh Azlina Othman lesbian (semasa populariti Puteri Umno naik mendadak).

Yang menyedihkan lagi, kaum keluarganya sendiri seolah tidak menganggap beliau 'relevan' lagi sebagai anak ALI.

Paling HAIRAN BIN AJAIB, kenapakah Tun Mahathir mengangkat Umi Hafilda ini di pentas cemuhan kepada Paklah?

Takkan lah Umi Hafilda ini mempunyai rahsia 'bersama' Paklah kot, takpun ingin memberitahu rakyat Malaysia ini Paklah pun tergila-gilakan dia seperti mana DSAI.Itu nampak sangatlah mustahil!

Jadi, apakah sebab utama Tun Mahathir memilih Umi Hafilda ini?Bukankah Tun Mahathir seorang ' MASTERMIND' politikus, atau Tun Mahathir sudah bangkrap idea memilih kaki putarbelitnya!

SANG KELEMBAI-MIRROR

Tujuan di adakan mirror ini supaya Pak Lah boleh baca dihari muka.

biodata
http://kusangkalebai.blogspot.com/

Wednesday, April 2, 2008

Tuesday, April 1, 2008

Khabar dari pahang: Dato' Fauzi Rahman

Khabar yang diterima, Dato' Fauzi akan memimpin PKR Pahang? Sejuah mana benar berita ini kita akan lihat dalam masa terdekat.Sumber mengatakan hanya begitu .Siapa Dato'Fauzi?