Sunday, April 13, 2008

Berfikirlah diluar kotak...wahai PR

Tanggal 8 Mac telah menyaksikan kemenagan yang sangat manis bagi Pakatan Rakyat (PR). Tanggal itu menyaksikan tumbangnya gergasi politik yang sangat gah sehinggakan ada di antaranya begitu angkuh dengan mengatakan bahawa UMNO akan perintah Malaysia sampai kiamat. Kalau nak sombong pun biarlah berpatutan. Sombong ini hanyalah layak untuk Allah.

Allah layak untuk memuji dirinya kerana Allah memang berkuasa, Allah memang selalu menang, Allah memang selalu kuat dan lain-lain sifat Allah yang terpuji. Tanggal itu juga menyaksikan beberapa yang mengaku diri mereka hebat tumbang seorang demi seorang ditangan PR yang ternyata lebih hebat.

Hebat bukan kerana kaya, hebat bukan kerana berharta, hebat bukan kerana nama tetaoi hebat dari segi budibahsa, hebat dari segi nilai moral yang tinggi yang komited untuk menjayakan satu wawasan ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih adil, lebih aman dan lebih berintegriti serta bebas dari rasuah yang jijik, menghasilkan satu negara untuk rakyat dan berteraskan keadilan sejagat.

Apa kena mengena berfikir di luar kotak? Tunggu dan sabar....

Selepas PR menang banyak negeri maka dilantiklah exco-exco dari puak masing-masing. PAS lantik PAS, DAP lantik DAP dan PKR lantik PKR. Ini pemikiran dalam kotak. Sama saja dari segi perlantikan axco dengan puak-puak UMNO , BN. Tak bolehkah puak PR lantik exco dari ahli BN yang menang? Mungkin mereka tak terima sebab terikat dengan komitmen kepada parti dan sebagainya, tetapi itu akan memberikan impak yang besar kepada rakyat. Orang akan nampak betapa baiknya PR dan betapa tulusnya hati pemimpin-pemimpin PR. UMNO akan terlopong seandainya DAP melantik ahli MCA jadi exco., Ini tidak, masing-masing berebut kerusi exco untuk perut dan kroni sendiri... Nampaknya PR dengan BN pun dua kali lima...

PR mesti menampakkan kematangan. Kematangan nampak bukan dari kata-kata, bukan dari janji-janji dalam manifesto tapi dari perbuatan yang lain daripada parti lawan yang menampakkan ketulusan dan kemampuan PR yang berbeza daripada BN dan UMNO terutamanya. KIta pun akan dapat menjangka yang mereka akan menolak pelawaan atau lantikan tersebut tetapi rakyat akan menilai kemurnian hasrat PR untuk menjadi kawan kepada semua tanpa bermusuh dengan sesiapa seperti yang diamalkan oleh UMNO.

PR mungkin boleh berfikir diluar kotak dalam melantik ketua kampung dan JKKK. Lepas ni lantik semula sebahagian JKKK dan ketua kampung dari BN yang mempunyai nilai moral yang tinggi. Takkan dalam ramai-ramai puak BN tiada yang bernilai tinggi? Takan tiada yang berintegriti, yang amanah dan yang ikhlas bekerja untuk rakyat. Mungkin puak-puak BN yang dilantik ini berasa kagum dan tertarik dengan PR dan mereka masuk PR. Kalau mereka masuk PR maka sudah tentulah ramai yang akan mengikut jejak ketua kampung dan JKKK masing-masing. Itulah yang diamalkan Rasulullah yang berfikir di luar kotak..
Semuga menjadi panduan kepada PR..

Selamat memerintah dengan jujur , ikhlas dan penuh komitmen

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8839&mode=thread&order=0&thold=0

No comments: